
Program Kempen Kesedaran & Mini Pameran Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak
Telah berjaya dilaksanakan pada 14 April 2026 di SK Sungai Layar dengan penuh komitmen serta penglibatan aktif daripada semua pihak. 🎉👧🧠
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu penderaan, pengabaian, pemerdagangan dan eksploitasi kanak-kanak serta kaitannya dengan pengurusan tingkah laku kanak-kanak secara positif dan berkesan.
Antara pengisian aktiviti sepanjang program ini ialah:
🔹 Pameran Kesedaran Isu Kanak-Kanak
Peserta didedahkan dengan maklumat berkaitan isu pengabaian, penderaan serta kesannya terhadap perkembangan dan tingkah laku kanak-kanak melalui poster dan bahan visual.
🔹 Perkongsian Pengurusan Tingkah Laku
Maklumat berkaitan strategi pengurusan tingkah laku yang sesuai telah dikongsikan bagi membantu ibu bapa dan guru memahami keperluan emosi serta perkembangan kanak-kanak.
🔹 Aktiviti Interaktif dan Permainan Edukatif
Peserta terlibat secara aktif dalam aktiviti interaktif yang menyeronokkan bagi meningkatkan kefahaman tentang isu yang diketengahkan.
🔹 Edaran Bahan Informasi
Brochure kesedaran telah diedarkan bagi menyampaikan maklumat penting secara ringkas dan padat kepada pengunjung.
🔹 Sesi Perbincangan dan Kesedaran Komuniti
Pengunjung diberi peluang untuk bertanya soalan serta berkongsi pandangan berkaitan isu kanak-kanak dalam masyarakat masa kini.
Keseluruhannya, program ini telah memberi impak yang positif dalam meningkatkan kesedaran serta pemahaman masyarakat terhadap kepentingan melindungi kanak-kanak dan mengurus tingkah laku mereka dengan pendekatan yang betul dan berkesan. 🌈✨
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat termasuk penganjur, fasilitator serta para peserta atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat dan menjadi langkah awal dalam membentuk persekitaran yang lebih selamat dan sejahtera untuk kanak-kanak. ❤️





