Program Kajian Pementasan Teater "Misi" di USM bagi Pemantapan Pembelajaran Kursus TAKK3013 Teater dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
USM, 5 Julai - Seramai 25 orang pelajar Elektif Terbuka (33ET2-TAKK) dan 10 orang pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) IPGMKSAH serta 6 orang pensyarah PAKK telah menyertai Kajian Pementasan Teater "Misi" bagi Pemantapan Pembelajaran Kursus TAKK3013 Teater dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak. Antara objektif program ini ialah memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar untuk mengkaji keperluan produksi teater, penyediaan bahan-bahan teater dan pementasan teater seperti terkandung dalam Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) TAKK3013. Program ini juga dilaksanakan untuk membolehkan pelajar memperoleh pengalaman yang bermakna tentang kajian pementasan teater dalam melaksanakan tugasan pentaksiran berterusan iaitu pementasan teater. Mewujudkan jaringan pembelajaran atau rakan pembelajaran bersama dengan pelajar seni teater dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang seperti yang terkandung dalam Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB).
Tahniah diucapkan kepada penyelaras program, Tuan Mohd Aidil Firdaus bin Mohd Sok kerana telah merancang dan merealisasikan program untuk pelajar Elektif TAKK3013 Teater Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak ini dengan jayanya.