
⭐️ Alhamdulillah, selesai sudah program yang telah dilaksanakan dengan penuh ceria dan meriah.
⭐️ Program ini memberi pendedahan kepada bakal guru berkaitan penggunaan alat muzik, vokal dan pergerakan yang boleh diaplikasikan dalam aktiviti pembelajaran bersama kanak-kanak. 🎼🪇🎤💃🏻
⭐️ Melalui program ini, pelajar dapat mengembangkan kemahiran, kreativiti dan keyakinan dalam merancang serta melaksanakan aktiviti muzik yang interaktif, menyeronokkan dan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. 🌈✨
⭐️ Semoga ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam PdP pada masa akan datang.



