Program Anak Baik Lagi Cerdik dan Komuniti
SUNGAI PETANI - Seramai 30 orang siswa pendidik Pendidikan Awal Kanak-kanak telah menjayakan Program Anak Baik Lagi Cerdik dan Komuniti di Sekolah Kebangsaan Sungai Tok Pawang, Bedong. Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada siswa pendidik untuk mengaplikasi pembelajaran dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak kepada murid sekolah ini dengan mempraktikkan Kemahiran Insaniah 8K iaitu kemahiran, kejurulatihan, kepimpinan, kepegawaian, kepengelolaan, kerohanian, kesukarelawan dan kenegaraan. Program ini dirasmikan oleh Puan Vivien Ooi, Pegawai Pra dan Rendah Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/ Yan. Pegawai Pra dan Rendah Pejabat Pendidikan Kuala Muda/ Yan, Pn Razima binti Ramli juga hadir menjayakan program hari ini.Setinggi penghargaan kepada tuan Guru Besar, Pn Habsah binti Abdul Rahim dan pihak sekolah yang membantu memudahkan urusan dan sentiasa membantu penyelaras program iaitu Pn Hamiza binti Ismail merancang dan melaksanakan aktiviti bersama siswa pendidik pada hari ini,. Antara aktiviti yang dilaksanakan bersama warga sekolah ialah senam robik dan sukaneka bersama murid prasekolah, tahun 1 hingga tahun 6. Aktiviti melukis dan mewarna Doodles juga dilakukan oleh kumpulan pelajar ini dalam menjayakan program khidmat komuniti di sekolah ini. Semoga dengan program ini dapat membantu siswa pendidik mengurus program rasmi dan merealisasikan konsep Anak Baik Lagi Cerdik dengan lebih cemerlang.