Tahniah kepada YBhg. Dato Haji Mohd Zambri bin Haji Abdul Aziz, Timbalan Rektor Kanan IPGM
Tahniah! Instruktur Kecergasan Senamrobik Tahap 1 Peringkat Kebangsaan
Jurnal Penyelidikan Khazanah Jilid 26, 2025
Pilihan Raya Kampus JPP IPGM KSAH 2025/2026
Audit Dalaman ISO 21001:2018 Tahun 2025
Salam Israk Mikraj 2025
Tahniah kepada JPIM atas Kejayaan dalam Inovasi Peringkat Antarabangsa
Matlamat Transformasi IPG
Transformasi IPG 2016-2025: 8 Kluster Inisiatif
5 Teras Utama Transformasi IPG
Jalan Utama
Dewan Munsyi

PROGRAM KOLABORASI SIMULASI HAJI CILIK PRASEKOLAH TAHUN 2023

         Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak telah melaksanakan Program Kolaborasi Simulasi Haji Cilik Prasekolah untuk tahun 2023 di Dewan Munsyi pada 22 Jun 2023. Program ini direaliasasikan dengan pelibatan 25 orang murid Prasekolah Didikku Sayang IPGKSAH, 63 orang murid Prasekolah SK Bandar Puteri Jaya, 34 orang murid Tadika Anakku Khalifah Pintar, 15 orang murid Tadika Khalifah Cemerlang dan 10 orang murid Prasekolah SK Sungai Tok Pawang. Tetamu jemputan juga terdiri daripada Encik Rosli bin Saman @ Mohamad Zaman, Guru Besar SK Bandar Puteri Jaya, Pn. Rohana binti Ahmad, Pengusaha dan Guru Besar Tadika Anakku Khalifah Pintar dan Pn. Noor Hayati binti Muhammad Noor, Pengusaha Tadika Anakku Khalifah Cemerlang, Baling. Majlis diserikan lagi dengan acara Menandatangani Sijil Kolaborasi antara Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan tetamu jemputan. 

            Simulasi Haji Cilik dilaksanakan dengan jayanya dengan bimbingan oleh Puan Faridah binti Abdul Rahman, Ketua Jabatan, Jabatan Sains Sosial bersama urus setia seramai 25 orang kumpulan pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak semester III. Terima kasih diucapkan ibu bapa dan waris yang hadir dan memberi sokongan kejayaan majlis ini. 

 

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290