Selamat Menyambut Hari Deepavali 2024
Karnival Akademik IPGM KSAH 2024
Matlamat Transformasi IPG
Transformasi IPG 2016-2025: 8 Kluster Inisiatif
5 Teras Utama Transformasi IPG
Jalan Utama
Dewan Munsyi

Bengkel Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) JPAKK 2024

SG PETANI, 24 JULAI - Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak telah mengadakan Bengkel Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) JPAKK tahun 2024 pafa 24 Julai 2024. Sasaran pelajar yang terlibat ialah 99 orang PISMP Ambilan Jun 2021/ 2026. Penyelaras program ini ialah Pn Nursyazwani binti Abdul Latif bersama fasilitator YBrs. Dr. Nor Aimi bin Hj Harun, En Mohd Aidil Firdaus bin Mohd Sok, Pn Juriah binti Zaini dan Pn Hjh Noradibah binti Jusoh telah menjayakan aktiviti ini. Program diberikan oleh YBrs. Dr. Hjh Noor Miza binti Abdul Razak dan Cik Chew Ping Ping (Pensyarah PAKK IPGM Kampus Tuanku Bainun. 

Objektif program ini ialah meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan membudayakan keselamatan jalan raya dalam kalangan siswa siswi PAKK untuk diterapkan kepada kanak-kanak pada peringkat TASKA dan Prasekolah. Membolehkan siswa siswi PAKK mengaplikasi ilmu keselamatan jalan raya berdasarkan panduan PKJR secara optimum kepada kanak-kanak TASKA. Melahirkan siswa siswi PAKK yang mahir menyerapkan ilmu keselamatan jalan raya dalam PdP TASKA dan Prasekolah.  

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290