Jabatan Ilmu Pendidikan dan Unit Praktikum telah mengendalikan satu taklimat berkenaan inovasi bagi pelajar-pelajar Pogram Diploma Pascasiswazah Pendidikan PDPP Ambilan Oktober 2021 pada 2o Julai 2022. Program ini dirasmikan oleh Tn. Hj. Azmi bin Abu Bakar, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKSAH. Taklimat disampaikan oleh Pn. Faridah binti Abdul Rahman, Ustaz Md Zuki bin Hashim dan En. Sukiman bin Harun serta dibantu oleh pensyarah-pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan. Pengisian taklimat adalah berkaitan dengan inovasi yang perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar bagi menyertai Pertandingan Inovasi PdP peringkat Institut Pendidikan Sultan Abdul Halim 2022 yang diadakan secara dalam talian. Pertandingan inovasi ini menumpukan kepada aspek inovasi pendidikan dan reka bentuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) digital menggunakan laman web.
Pertandingan ini diatur selaras dengan permintaan KPM dan IPGM untuk memanfaatkan ICT dan inovasi untuk meningkatkan pembelajaran berkualiti. Ini juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran bahawa inovasi memastikan fungsi guru kekal releven dengan mendorong rasa ingin tahu, kepuasan dan ketekunan dihargai, dan penyelesaian kreatif dan inovatif adalah sifat kedua yang ingin dicapai.