24 Ogos, Dewan Bukhari- Taklimat Pentaksiran Berterusan Kursus EDU3043 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku untuk pelajar PISMP Tahun 2 Semester 1 telah disampaikan oleh En. Sukiman bin Haron selaku penyelaras kursus bagi Jabatan Ilmu Pendidikan. Beliau telah dibantu oleh Pn. Senpagam a/p Gurusamy dan Pn. Kamala a/p Sengalrayan. Seramai 254 pelajar PISMP Tahun 1 terlibat dalam taklimat yang diadakan bagi menyempurnakan kerja kursus bagi pentaksiran berterusan semester ini. Semoga pelajar-pelajar mendapat maklumat yang jelas tentang panduan membuat kerja kursus dan bagaimana penilaian kerja kursus Pentaksiran Berterusan dinilai.
Taklimat Pentaksiran Berterusan EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
- Details
- Written by: Mohd Zaaba bin Ismail
- Hits: 283