Satu majlis persaraan telah diadakan pada 19 Mei 2022 yang disambut dengan Sambutan Hari Guru dan Sambutan Hari Raya Peringkat IPGKSAH 2022. Bagi Jabatan Ilmu Pendidikan, majlis tersebut meraikan Dr. Tai Lay Keng yang bersara wajib. Beliau merupakan pensyarah yang komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas sebagai pendidik. Jabatan Ilmu Pendidikan merakamkan penghargaan terima kasih atas sumbangan dan bakti yang dicurahkan oleh beliau sepanjang berkhidmat di IPGKSAH. Jasamu Dikenang.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290