- Details
- Written by: Yusriza
- Hits: 154
Read more: Program Peningkatan Kualiti Guru Bahasa Inggeris - NPQEL
SUNGAI PETANI, 26 Februari 2022, Bengkel Pengukuhan Kefasihan Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh Unit Pengajian Inggeris, Jabatan Bahasa telah dilaksanakan pada 26 Feb secara dalam talian dengan menggunakan pelantar google meet pada pautan https://meet.google.com/xgn-nias-dvv.
Objektif bengkel ini ialah untuk meningkatkan kemahiran pertuturan (speaking) dan juga kemahiran penulisan (writing) bahasa Inggeris. Penceramah jemputan iaitu Pn. Esther Angelina Wee, Pn. Vimala Darvmanathan dan En. Gautaman Ganesan berkongsi teknik dan kaedah untuk mengukuhkan lagi penguasaan bahasa Inggeris.
Bengkel ini dianjur khas untuk siswa pendidik Program TESL Ambilan Jun 2021 yang mengambil kursus CALM Bahasa Inggeris dan siswa pendidik Program Persediaan Sains, Matematik, dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Ambilan Jun 2021 yang mengambil kursus LS Pro Bahasa Inggeris.
Seramai 259 orang pelajar PISMP telah mengikuti bengkel ini yang mana ia merupakan satu aktiviti sokongan dan persediaan bagi siswa pendidik yang akan menghadapi peperiksaan MUET.
- Details
- Written by: Yusriza
- Hits: 157
Jabatan Bahasa
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim
Pengenalan
Jabatan Bahasa terdiri daripada gabungan tiga unit iaitu Unit Pengajian Inggeris, Unit Pengajian Tamil dan Unit Pengajian Cina. Jumlah kesemua pensyarah Jabatan Bahasa ialah seramai 7 orang. Jabatan Bahasa menawarkan pengajian dalam bidang major dan elektif untuk Bahasa Inggeris. Jabatan ini juga dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penguasaan bahasa ketiga yang melibatkan Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin. Selain itu, jabatan ini juga menawarkan kursus-kursus CPD untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah.
- Details
- Written by: Yusriza
- Hits: 107