Selamat Menyambut Hari Deepavali 2024
Karnival Akademik IPGM KSAH 2024
Matlamat Transformasi IPG
Transformasi IPG 2016-2025: 8 Kluster Inisiatif
5 Teras Utama Transformasi IPG
Jalan Utama
Dewan Munsyi

Jabatan Bahasa
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim

 

Pengenalan

Jabatan Bahasa terdiri daripada gabungan tiga unit iaitu Unit Pengajian Inggeris, Unit Pengajian Tamil dan Unit Pengajian Cina. Jumlah kesemua pensyarah Jabatan Bahasa ialah seramai 7 orang.  Jabatan Bahasa menawarkan pengajian dalam bidang major dan elektif untuk Bahasa Inggeris. Jabatan ini juga dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penguasaan bahasa ketiga yang melibatkan Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin. Selain itu, jabatan ini juga menawarkan kursus-kursus CPD untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah.

 

Visi

Melatih guru-guru Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil supaya memiliki kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa tersebut.  Di samping itu, dapat menerapkan nilai-nilai keguruan yang tinggi serta menjadi penggiat bahasa yang akan memajukan serta memartabatkan bahasa-bahasa berkenaan.

 

Misi

Jabatan Bahasa beriltizam untuk mempertingkatkan kefasihan pelajar dalam bahasa pengkhususannya, pengetahuan dan kemahiran pedagogi dalam kalangan pelajar supaya menjadi guru bahasa yang berdedikasi, berketerampilan dan bertaraf antarabangsa.
 

Objektif

  1.  Memperkasa pengetahuan dan kemahiran pensyarah dan pelajar dalam bidang pengajaran bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.
  2.  Memperkasa pengetahuan dan kemahiran pensyarah dan pelajar dalam bidang penyelidikan pendidikan dan penulisan akademik.
  3.  Memperkasa hubungan dan jaringan kerjasama antara Jabatan Bahasa dengan komuniti setempat dan institusi tempatan dan antarabangsa.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290