Jabatan Bahasa  IPG Kampus Sultan Abdul Halim dengan kerjasama Unit Pembelajaran Digital, Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) IPG Kampus Sultan Abdul Halim, mengadakan Micro-Credential Workshop: Microsoft Learn Educator Centre pensyarah IPGKSAH. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 serta memperkukuhkan literasi digital dalam kalangan pensyarah. 

Antara objektif bengkel ini ialah:

1. Memberi pendedahan kepada peserta tentang aplikasi interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Memperkasa perserta dengan kemahiran abad ke-21 yang berkaitan dengan literasi digital dan pengajaran inovatif.

3. Meningkatkan kompetensi digital dan keyakinan peserta mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Para peserta bergambar bersama barisan penceramah. 

Hari pertama, para peserta didedahkan dengan modul di dalam Microsoft Learn. Mereka juga didedahkan dengan aplikasi Microsoft seperti Microsoft Teams, Reading Progress dan Reading Coach.

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah Jabatan Bahasa, dan wakil jabatan akademik yang lain telah berjaya menghantar pencalonan Microsoft Innovative Educator (MIE) Expert bagi sesi 2025-2026 dengan bimbingan para penceramah.

 

Penyelaras : Pn. Ahlamulmuna binti Uzir 

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290