Aktiviti :Program Perkembangan Staf
Tajuk :KURSUS TRANSFORMASI MINDA PENSYARAH 2022
Tarikh : 21 - 22 SEPT 2022
Masa : 30 a.m - 4.30 P.M
Tempat : Bilik Pengajaran Mikro & Bilik Persidangan
Anjuran : Unit Psikologi & Kaunseling & Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Peserta :18 Orang
Kursus Transformasi Minda Pensyarah adalah satu program yang penting dalam pembinaan karakter seorang pensyarah dan sekaligus membina semangat kerja berpasukan dalam kalangan pensyarah IPGKSAH. Pertukaran jawatan dan tempat kerja memerlukan seorang pensyarah baharu membuat penyesuaian segera dari segi cara kerja dan budaya kerja baharu. Pengisian yang dirancang melibatkan kombinasi beberapa jawatan dan unit seperti Unit Latihan Dalam Perkhidmatan, Unit Peperiksaan dan Penilaian, Unit Praktikum, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan juga Auditor IPGKSAH. Usaha perlu dilakukan oleh pensyarah baharu untuk memastikan amalan pengajaran dan pembelajaran mereka adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh IPGM. Pembelajaran budaya baharu di tempat kerja juga diharapkan membantu melahirkan pensyarah baharu yang kompeten dan berinspirasi tinggi.